KUCHING, 11 Mei: Sarawak bakal menjadi pemain utama dalam pengeluaran Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) di peringkat globalĀ untuk kegunaan pesawat di seluruh dunia.
Profesor Kehormat Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Datuk Dr Madeline Berma berkata keluasan persisir Sarawak yang berpotensi besar bagi industri itu akan menjadi ‘game changer’Ā (penukar permainan) dalam memacu kehidupan dan pembangunan ekonomi lestari di Sarawak.
āSarawak berupaya membantu industri penerbangan dunia mencapai matlamat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan karbon dioksida daripada penerbangan komersial,ā kata Dr Madeline ketika dihubungi TVS hari ini.
Menurutnya lagi pembinaan loji janakuasa terbesar dunia yang terletak di Sejingkat itu juga akan mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan khususnya di sepanjang rantaian nilai industri tenaga alternatif dari peringkat huluan ke hilirian daripada aspek pengeluaran, penyelidikan dan pemasaran.
āini adalah satu peluang yang cukup baik yang perlu dimanfaatkan oleh anak Sarawak khususnya mereka yang berada dalam bidang perniagaan dan juga usahawan tempatan.ā ujarnya.
Menurut Dr Madeline lagi, ia juga akan meluaskan jaringan Sarawak dengan negara jiran seperti Brunei dan Indonesia dalam bidang tenaga hijau.
āSarawak terus melangkah dan mengutamakan teknologi hijau dengan pembinaan teknologi alga ini..dan ia akan membawa kepada pembangunan industri penerbangan di Sarawak,” tegasnya. Ā -TVS