Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing merakamkan gambar kenangan bersama rakyat semasa mengadakan lawatan ke rumah panjang di kawasan Meradong. Foto: TVS.

Keprihatinan GPS, angkat taraf hidup rakyat di Meradong

BINTANGOR, 11 Mei: Keprihatinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menyalurkan peruntukan kepada pelbagai program pembangunan telah mengangkat taraf hidup rakyat negeri ini.

Perkara itu diakui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing sambil menggambarkan kawasannya telah menerima limpahan pembangunan seperti projek baik pulih rumah, penyediaan infrastruktur asas dan pelbagai kemudahan lain termasuk keperluan penduduk rumah panjang.

Menurutnya peruntukan yang disediakan merupakan bukti keprihatinan kerajaan Sarawak terhadap nasib rakyat dalam usaha menyediakan kemudahan terbaik untuk semua pihak.

“Mujurlah, kerajaan GPS memberikan Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) untuk baik pulih rumah dan saya cuba memberikannya sebanyak mungkin kepada rumah di kawasan saya.

“Saya menyediakan bahan untuk penambahbaikan rumah dan mereka melakunya secara gotong-royong. Saya telah berkunjung ke semua rumah panjang di Meradong dan sekarang kita mengadakannya untuk pusingan kedua pula,” katanya ketika ditemui TVS di pejabatnya hari ini.

ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing merakamkan gambar kenangan bersama rakyat semasa mengadakan lawatan ke rumah panjang di kawasan Meradong. Foto: TVS.

Menyentuh Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), Kuong Hiing mendedahkan sebahagian besar masyarakat di sini telahpun menikmati peruntukan bagi melaksanakan pelbagai projek di rumah panjang.

Malah katanya, pelaksanaan setiap projek di bawah program RTP di Meradong berjalan lancar bagi mewujudkan keselesaan sepenuhnya kepada rakyat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan GPS kerana begitu mengambil berat terutamanya kepada penduduk luar bandar supaya mereka boleh mempunyai kemudahan infrastruktur dan utiliti yang lebih baik. Jika pelaksanaan projek RTP ini terus berjalan lancar seperti sekarang, tidak lama lagi semua rumah akan mempunyai kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan raya,” katanya lagi.

Terdahulu, Kuong Hiing mengadakan lawatan ke seluruh rumah panjang di kawasan Meradong sebagai rutin menjelang sambutan Hari Gawai yang tiba tidak lama lagi.

Kunjungan tersebut merupakan sebahagian pendekatan pemimpin bagi menyantuni rakyat sekali gus menyelami masalah mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan