Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemilik anjing menghantar anjing peliharaannya untuk menerima suntikan anti-rabies pada program vaksinasi antirabies di Taman Tasik Permai baru-baru ini. Foto: TVS

Jumlah kes gigitan anjing di Sibu membimbangkan

SIBU, 11 Mei: Kes gigitan anjing di sini berada pada tahap membimbangkan apabila sebanyak 235 kes dilaporkan.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting berkata, angka itu direkodkan bagi tempoh Januari hingga minggu pertama bulan ini.

Kata beliau, kawasan penempatan di Ulu Sungai Merah mencatatkan jumlah terbanyak iaitu 28 kes sepanjang tempoh berkenaan.

“Berdasarkan statistik oleh Kementerian Kesihatan (KKM), MPS menggesa pemilik anjing untuk memvaksin anjing peliharaan masing – masing,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sarawak semalam mencatatkan korban baharu melibatkan seorang lelaki berusia 50 tahun akibat digigit anjing yang dijangkiti wabak rabies.

Jumlah itu menjadikan korban keseluruhan meningkat kepada sembilan orang sepanjang tahun ini.

Sementara itu, Clarence tidak menafikan kebanyakan aduan yang diterima pihaknya daripada orang awam ialah mengenai anjing-anjing yang berkeliaran di kawasan mereka.

“Sebenarnya itu bukan anjing liar tetapi ada pemiliknya.

“Apabila anjing dibiarkan bebas, ia akan mudah dijangkiti kerana rabies merebak cepat,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan