Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyampaian Cenderhati oleh Dato Sri Dr Stephen Rundi kepada Prof Deni, Rektor IPB Universiti, Bogor disaksikan oleh Penasihat Premier Sarawak, Tan Sri William Mawan serta beberapa teamu kehormat lain. Foto: M-FICORD (FB).

Indonesia, Sarawak berkolaboratif bangunkan subsektor ternakan – Rundi

ByDayu Adruce

KUCHING, 11 Mei: Sarawak akan berkolaboraitf dengan Indonesia dalam pembangunan sektor pertanian khususnya bagi subsektor ternakan sebagai inisiatif negeri ini mencapai tahap sara diri atau keselamatan makanan yang lebih memuaskan.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Sri Stephen Rundi Utom mendedahkan antara kerjasama yang bakal dijalinkan merangkumi membangunkan tenaga kerja di dalam bidang veterinar menerusi Institut Pertanian Bogor (IPB).

“Ini adalah amat penting memandangkan Sarawak masih kekurangan tenaga kerja di dalam bidang teknikal,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak.

Penerangan mengenai baka lembu di Indonesia oleh pegawai teknikal Ir Yan Hendri kepada YB Dato Sri Dr Stephen Rundi, YB Datuk Dr Abdul Rahman dan YB Tuan Martin Ben . Teknologi Embrio Transfer telah berjaya menghasilkan baka lembu yang berprestasi tinggi seperti Simmental, Angus, Wagyu dan Belgian Blue Cross untuk diagih kepada para penternak di Indonesia. Foto: M-FICORD (FB).

Susulan itu, Rundi menambah pengurusan IPB Universiti Bogor telah bersetuju untuk menyediakan lebih banyak tempat bagi anak Sarawak untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Perubatan Veterinar khususnya dalam bidang veterinar di IPB Bogor Universiti.

“IPB Bogor juga bersedia untuk bekerjasama dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan makanan ternakan menggunakan sumber tempatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurutnya Balai Embrio Ternak Cipelang turut bersedia menerima kakitangan dan pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak untuk menjalani latihan kompetensi dalam teknologi terkini penternakan khususnya teknologi pemindahan embrio (embryo transfer) dan Artificial Insemination (AI).

Menerusi lawatan kerja pada 3 hingga 9 Mei lalu itu, kementerian dan jabatan berkaitan telah berjaya mewujudkan hubungan jitu dengan institusi-institusi penting Indonesia bagi memperkukuhkan kerjasama dalam pembangunan sektor ternakan di Sarawak khususnya dalam meningkatkan kompetensi tenaga kerja, kawalan biosekuriti dan pemindahan teknologi ternakan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan