Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah bersama tetamu kehormat lain menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. Foto: TVS

Lebuhraya Pesisir Utara dibangunkan secara berperingkat – Awang Tengah

MIRI, 10 Mei: Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan dari Jambatan ASEAN di Miri ke Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di Sungai Tujuh.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, perbincangan telah diadakan bersama kementerian di Brunei untuk meneruskan projek Lebuhraya Pan Borneo di bawah Lebuhraya Pesisir Utara.

Awang Tengah bersama tetamu kehormat semasa sesi gimik perasmian. Foto: TVS

“Insya-Allah akan dapat dilaksanakan secara berperingkat iaitu kita akan melaksanakan Lebuhraya Pesisir Utara bermula daripada Jambatan ASEAN di Miri sehingga ke Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di Sungai Tujuh.

“Sehari sebelum puasa, saya pergi ke Brunei mengadakan perbincangan dengan menteri di Brunei untuk memberitahu kita akan meneruskan Lebuhraya Pan Borneo yang dulu diabaikan Pakatan Harapan (PH). Kita teruskan projek itu di bawah Lebuhraya Pesisir Utara yang melalui Brunei, terus ke Limbang, Lawas dan Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri 2023 anjuran Persatuan Anak Jati Lawas Cawangan Miri di Hotel Pullman pada Selasa.

Menuru beliau, fasa 1 Sarawak Sabah Link Road (SSLR) telah berjalan dari Gelugus ke Long Lopeng di Lawas, diteruskan ke Limbang dan Miri tanpa melalui Brunei dan akan digabungkan dengan Lebuhraya Pesisir Utara.

Tambah Awang Tengah lagi, usaha menghubungkan jalan raya antara Malaysia dan Indonesia juga di dalam perancangan dengan dua jalan diberi keutamaan iaitu Kuching ke Tebedu dan Ba’kelalan ke Long Midang.

“Kita juga merancang untuk meneruskan usaha menghubungkan jalan raya sampai ke sempadan Indonesia. Itu adalah satu tempat yang akan diperkuatkan dengan kerjasama kerajaan Malaysia dan Indonesia di bawah pembangunan sempadan bersama.

“Ada dua diberi keutamaan iaitu satu di Kuching ke Tebedu dan kedua di Ba’kelalan ke Long Midang. Ini akan memberi peluang kepada kita, apatah lagi Indonesia akan menempatkan ibu negara mereka di Nusantara yang berdekatan di Sarawak iaitu di Lawas dan Belaga di bahagian Kapit,” katanya lagi.

Beliau juga menambah usaha penyambungan Limbang dan Lawas kepada grid elektrik negeri juga di dalam pelaksanaan dan dijangka akan siap pada tahun 2024 selain meningkatkan kemudahan infrastruktur lain seperti bekalan air, telekomunikasi, sekolah dan perubatan.

Dalam perkembangan lain, majlis semalam turut dihadiri Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Ripin Lamat dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus.

Majlis menyaksikan peruntukan sebanyak RM10,000 seorang daripada Awang Tengah, Ripin dan Rosey disumbangkan kepada Persatuan Anak Jati Lawas Cawangan Miri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan