Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kereta dipandu seorang budak lelaki berusia enam tahun terbabas di Jalan Bukit Tangga, Titicawang, Langkawi, malam tadi. Foto: media Sosial

Budak lelaki 6 tahun pandu kereta, terbabas

ByTVS

LANGKAWI, 10 Mei: Seorang budak lelaki berusia enam tahun didapati memandu hingga terbabit kemalangan di Jalan Bukit Tangga, Titicawang di sini pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, kejadian kira-kira pukul 11.25 malam itu berlaku apabila sebuah kereta dari arah Ulu Melaka ke Nyior Chabang telah terbabas ke tepi jalan dan melanggar tiang lampu.

Katanya, siasatan polis mendapati kereta tersebut dipandu oleh kanak-kanak berumur enam tahun bersama penumpang iaitu adiknya, berusia tiga tahun.

“Pemandu luka pada dagu, manakala adik lelakinya tidak cedera.

“Kereta itu dipandu tanpa pengetahuan ibu bapanya dan kes masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan kereta tersebut dipandu sejauh kira-kira 2.5 kilometer dari rumahnya di Kampung Padang Mengkuang ketika ibu bapa sedang tidur.

Ujar beliau, kemalangan tersebut turut menyebabkan kereta berkenaan mengalami kerosakan pada bahagian hadapan sebelah kiri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, sebuah video memaparkan kejadian tersebut tular di media sosial sejak malam tadi.

Menurut rakaman itu, pemandu cilik tersebut mendakwa memandu kereta dipercayai jenis Toyota Vios berwarna putih berkenaan kerana mahu pergi ke kedai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan