Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Permaisuri Jetsun Pema dari Bhutan (tiga dari kanan) berkenan mencuba Keringkam Sarawak yang dipamerkan pada Minggu Kraf London 2023.

Reruai seni dan kraf Sarawak di London tarik perhatian Agong dan Raja Bhutan

ByNazirah Adlina

KUCHING, 9 Mei: Reruai pameran seni dan kraf Sarawak sempena Minggu Kraf London (LCW) 2023 berjaya menarik perhatian Kerabat Diraja Malaysia dan Bhutan.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melawat pameran pelbagai hasil seni dan kraf tangan Bumi Kenyalang.

Turut berangkat tiba ialah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS), Datu Dr Sabariah Putit berkata, reruai Sarawak turut dilawati oleh Raja Bhutan, Jigme Khesar Namgyel Wangchuk dan Permaisuri Jetsun Pema.

“Reruai Sarawak mempromosikan kepelbagai adat dan tradisi Sarawak termasuklah ikat Iban, pameran anting – anting serta hiasan manik Sarawak, kraf Orang Ulu selain Keringkam Sarawak,” katanya menerusi kenyataan media di London, United Kingdom hari ini.

Sementara itu, menerusi video yang dikongsi dengan TVS, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyambut ketibaan tetamu diraja.

Permaisuri Jetsun Pema turut mencuba menggayakan Keringkam Sarawak yang dipamerkan pada LCW 2023.

LCW 2023 yang berlangsung di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom (UK) menyaksikan penyertaan delegasi Malaysia di bawah naungan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Direka dan disusun oleh Judith Clark bersama arkitek Ryan Cook, pameran kraf Malaysia menyerlahkan kemahiran kraf yang dihasilkan oleh masyarakat Orang Asli di negara yang menyertai pameran berkenaan.

Minggu Kraf London 2023 merupakan acara tahunan yang dianjurkan sejak 2015 lagi yang melibatkan penyertaan negara-negara Komanwel.

Sarawak menyertai acara itu bersama Pahang dan Terengganu di atas jemputan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bagi mempromosikan hasil krafnya di peringkat antarabangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan