Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandu sebuah van yang membawa pelajar KAFA maut selepas diserang sakit jantung di Taman Selasih di sini semalam. Foto PDRM

Pemandu van warga emas bawa murid KAFA maut kena serangan jantung

ByTVS

KULIM, 9 Mei: Seorang pemandu van yang sedang membawa empat pelajar sekolah untuk pulang ke rumah maut akibat diserang sakit jantung di Jalan Selasih 5, Taman Selasih di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.55 petang itu, mangsa lelaki berusia 70 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas van dipandunya terbabas ke tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan menghantar pelajar Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pulang ke rumah masing-masing.

Ujarnya, siasatan polis mendapati mangsa telah gagal mengawal kenderaan dengan baik sebelum terbabas ke kanan jalan dan terlanggar satu papan tanda.

“Seramai empat orang pelajar KAFA tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah diambil oleh ibu bapa mereka sejurus kejadian.

“Mayat mangsa pula telah dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Kulim untuk bedah siasat dan punca kematian disahkan akibat serangan jantung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Mohd Redzuan, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan