Statistik Op Selamat 20 sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri 2023 telah merekodkan sebanyak 457 kes kemalangan jalanraya. Foto: TVS

Op Selamat: Kes kemalangan dan kematian di Sarawak meningkat

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 9 Mei: Sarawak mencatatkan peningkatan kes kemalangan jalan raya dan kematian pada Op Selamat 20 yang dilancarkan sempena Hari Raya Aidilfitri 2023.

Pesuruhajaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, sepanjang lapan hari operasi yang berakhir 27 April lepas, sebanyak 457 kes kemalangan direkodkan berbanding 453 kes bagi operasi sama tahun lepas.

“Bagi jumlah kematian pula, sebanyak sembilan kes dicatatkan berbanding lapan pada tahun lepas,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd. Azman, antara faktor yang dikenal pasti sebagai punca peningkatan kes ialah kecuaian semasa memandu, keadaan jalan raya serta kenderaan yang tidak diselenggara.

“Selain itu, polis turut mengesan pertambahan jumlah kerajaan kepada 1.69 juta sepanjang tempoh operasi berbanding 1.39 juta sebelum itu yang turut menyumbang kepada kemalangan,” katanya.

Beliau turut memberitahu, polis juga mengeluarkan sebanyak 2,014 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas namun menurun berbanding 5,942 saman pada tahun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan