Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Abang Mohammad Shibli Abang Mohd Nailie (kedua kanan) menerima mock cek sumbangan Zakat Harta daripada Timbalan CEO Etiqa Takaful, Mohammad Yunos Mohd Sood (kedua kiri) disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Baitulmal dan Wakaf, Datu Abang Helmi Tan Sri Abang Ikhwan (tengah). Foto: TVS.

Kutipan zakat di Sarawak meningkat tahun ini

ByYusuf Shukri

KUCHING, 9 Mei: Jumlah kutipan zakat di Sarawak meningkat dalam lingkungan lima hingga 10 peratus setiap tahun.

Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Datu Abang Mohammad Shibli Abang Mohd Nailie berkata, peningkatan itu berpunca daripada pembayaran zakat harta.

Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Datu Abang Mohammad Shibli Abang Mohd Nailie. Foto: Muhammad Yusuf (TVS).

Kata beliau, lebih 65 peratus kutipan zakat yang diterima TBS pula diperolehi menerusi potongan gaji bulanan secara automatik.

“Cara ini diterima oleh orang ramai kerana tidak membebankan termasuklah aspek pembayaran serta jumlah yang dibayar kerana yang penting ialah menunaikan kewajipan sebagai umat Islam.

“Kejayaan ini turut disumbang oleh kesudian majikan menerima sistem ini dan zakat yang diterima pula telah diagihkan kepada mereka yang berhak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Bersama Pelanggan TBS di Batu Kawa di sini hari ini.

Pada majlis itu, TBS turut menerima zakat harta daripada Etiqa Takaful sebanyak RM1.06 juta, yang diserahkan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammad Yunos Mohd. Sood.

Sementara itu, Abang Mohammad Shibli memberitahu, pengumpulan zakat fitrah pada tahun berjumlah RM4.05 juta berdasarkan kadar RM7 yang ditetapkan.

Inidividu yang ingin mula membayar zakat harta secara automatik boleh membuat permohonan melalui laman web rasmi TBS di www.tbs.org.my. – TBS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan