Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ahli - Ahli Parlimen (MP) Sabah di Putrajaya hari ini. Foto: Pejabat Ewon Benedick.

Ahli Parlimen dan ADUN PH Sabah bertemu PM bincang pembangunan Sabah

ByTVS

KOTA KINABALU, 9 Mei: Barisan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Harapan Sabah hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya petang tadi.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick berkata, tujuan pertemuan itu ialah bagi mendapatkan jaminan Kerajaan Perpaduan untuk melaksanakan agenda pembangunan di Sabah.

Kata beliau, pelbagai perkara termasuk infrastruktur membabitkan bekalan air, jalan raya, sekolah daif dan klinik kesihatan telah dibincangkan.

“Turut disentuh ialah langkah untuk memacu bidang keusahawanan di Sabah.

“Kami juga memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-60 penubuhan Persekutuan Malaysia, justeru hasrat rakyat Sabah yang mahukan pembangunan telah disampaikan kepada beliau.

“Permintaan lain disuarakan ialah supaya menimbangkan peruntukan lebih besar untuk keperluan pembangunan Sabah,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, Anwar memberikan reaksi positif terhadap tuntutan mereka.

“Oleh itu kami berharap agar sambutan Hari Malaysia yang ke-60 tahun pada tahun ini memberi makna besar kepada seluruh rakyat Sabah dengan adanya Kerajaan Persekutuan baharu di bawah pimpinan Anwar,” katanya.

Hadir sama pada pertemuan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Armizan Ali. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan