Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi pencarian melibatkan polis dan berapa agensi sedang giat dijalankan di perairan Sungai Belaga pagi tadi. Foto: IPD Belaga

Suri rumah dikhuatiri lemas ketika cari siput

BELAGA, 8 Mei: Suri rumah dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika bersama ahli keluarga menjalankan aktiviti memukat dan mencari siput di Sungai Belaga di sini, petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Mary Sait, 31, berasal dari Rumah Sihan, Long Menamang, Belaga.

Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Siperintendan (DSP) Rohana Nanu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 3 petang.

“Semasa kejadian, mangsa bersama ahli keluarga sedang menjalankan aktiviti mencari hasil sungai di sepanjang tebing Sungai Tegan, dia memberitahu yang lain hendak mengambil perahu di seberang sungai.

“Mangsa kemudian terjun dan berenang, namun ketika berada di tengah sungai mangsa kelihatan terkapai-kapai kerana melawan arus deras sungai sebelum tenggelam dan dikhuatiri lemas” katanya ketika dihubungi TVS.

Katanya, ahli keluarga cuba menyelamatkan mangsa namun gagal.

“Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) melibatkan beberapa agensi termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Sehingga jam 12 tengah hari ini, mangsa masih belum ditemukan dan usaha mencari sedang giat dijalankan di sekitar lokasi kejadian,” ujarnya.

Rohana berkata, kes diklasifikasikan sebagai kes Orang Hilang (OH) setakat ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan