Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kimberly Bong meraih pingat emas acara 3 meter (m) papan anjal wanita di sini, hari ini. Foto: BERNAMA

Sukan SEA: Kimberly raih emas sulung peribadi

ByBernama

PHNOM PENH, 8 Mei: Seperti dijangka, Malaysia membuka tirai hari pertama acara terjun Sukan SEA 2023 dengan bergaya selepas Kimberly Bong meraih pingat emas acara 3 meter (m) papan anjal wanita di sini, hari ini.

Pada aksi final yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo, penerjun muda berusia 20 tahun itu mengumpul 276.30 mata dalam keseluruhan lima terjunan untuk menewaskan lapan penerjun lain.

Pingat perak dimenangi wakil Indonesia Gladies Lariesa Garina Haga dengan 273.10 mata manakala seorang lagi wakil negara Ong Ker Ying membawa pulang gangsa selepas mengumpul 248.70 mata.

Kejayaan Kimberly itu merupakan emas Sukan SEA pertamanya selepas membuat kemunculan di temasya sukan dwitahunan itu sejak edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Lebih manis, atlet kelahiran Sarawak itu berjaya mengekalkan penguasaan Malaysia dalam acara 3m papan anjal wanita sejak Cheong Jun Hoong memenangi emas pada edisi 2011 di Palembang, Indonesia.

Pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam, Kimberly meraih perak 1m papan anjal selepas menamatkan saingan di belakang atlet terjun elit negara Nur Dhabitah Sabri yang merangkul emas.

Saingan terjun akan bersambung esok dengan giliran penerjun lelaki negara turun beraksi dalam saingan 3m papan anjal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan