Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Steffy Sharon dinobat ratu Dara Kenyalang

ByTVS

KUCHING, 8 Mei: Minggu demi minggu peserta Dara Kenyalang sudahpun menyahut kesemua cabaran dan hanya Top 6 yang terpilih sahaja layak bertanding ke grand final. Pada episod semalam adalah di mana Top 6 finalis perlu berentap sekali lagi untuk menentukan siapakah yang akan dinobatkan sebagai Dara Kenyalang. Bottom 6 juga turut hadir bagi memeriahkan lagi pentas Dara Kenyalang.

Terdapat dua segmen yang berbeza semasa episod final semalam di mana segmen pertama adalah Top 12 akan memakai pakaian tradisional dan memperkenalkan diri mereka. Manakala segmen kedua pula Top 12 akan keluar sekali lagi dengan menggunakan evening gown.

Terdapat tiga soalan yang perlu finalis lalui iaitu indoor judging untuk finalis Top 6 semasa segmen pakaian tradisonal, kedua adalah soalan berdasarkan kata kunci hanya 30 saat untuk menjawab untuk finalis Top 6 semasa segmen evening gown, dan soalan terakhir adalah satu soalan yang sama untuk finalis Top 3 yang layak.

Soalan tersebut mempunyai peratusan markah yang berbeza. Soalan pertama dan kedua dinilai dari  kostum dan evening gown 10%, penampilan 20%, kecantikan 30%, dan IQ 30%. Kedua-dua soalan mengandungi 30% markah yang akan diambil kira untuk menentukan siapakah Top 3 finalis. Pemarkahan soalan ketiga hanya dinilai dari segi kecantikan 60% dan IQ 40%. Juri awam hanya memberikan markah sebanyak 15% sahaja. 

Juri utama yang hadir dalam episod final semalam adalah Martin Dinil, Wenaneta Angang, Dewi Liana Seriestha, Mandy Nandu dan Ricky Raca Kimwah. Manakala juri umum pula Cecelia Lagak, Jonathan Yun, Jane Teo, Awaeang Kwasin, mewakili pihak sponsor manakala Wendy Earnest, dan Angela Martin, mewakili juri tetap dan Wagner John, Bridget Bulan Taja, Ozie Tungging, Teresa Suli, Dr. Mary Chalang, dan Edmund Rintai mewakili juri undangan.

Penyanyi lagu utama Dara Kenyalang juga turut hadir iaitu Ramles Walter, Elizebeth Paya dan kumpulan penari JKKN turut memeriahkan pentas Dara Kenyalang.

Tempat keenam membawa pulang wang tunai bernilai RM2,000 dan hadiah tajaan dari Nang Ori dan pemenang tempat keenam adalah Clera Pungi.

Seterusnya tempat kelima membawa pulang wang tunai RM2,000 dan hadiah tajaan dari Nang Ori dan pemenangnya adalah Alicia Minod.

Tempat keempat pula membawa pulang wang tunai bernilai RM2,000 dan hadiah tajaan dari Nang Ori dan tempat keempat adalah Tonnia Kisi. Selain itu, Tonnia juga telah mendapat trofi subsidiary title iaitu Miss Inspiration.

Tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM 5,000, trofi tajaan dari Nang Ori, sash tajaan dari Lime’s Craft & Souviral, bunga tajaan Muan Gift and Florist dan pemenang tempat ketiga adalah Lofrenska Fezzie.

Tambahan itu tempat kedua membawa pulang wang tunai RM7,000, trofi tajaan Nang Ori, sash tajaan dari Lime’s Craft & Souviral, bunga tajaan dari Muan Gift and Florist dan tempat kedua adalah Noor Dearie. Dearie juga telah mendapat trofi subsidiary title Miss Social Media Favourite.

Tempat pertama memakai mahkota Dara Kenyalang, membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, tiket percutian ke Korea RM7,000, Wing Chair tajaan dari Fella Design, trofi tajaan dari Nang Ori, sash tajaan dari Lime’s Craft & Souviral, bunga tajaan dari Muan Gift and Florist dan pemenang Dara Kenyalang tempat pertama adalah Steffy Sharon. Tambahan itu, Steffy juga telah mendapat trofi subsidiary title Best Catwalk.

Selesai sudah program realiti tv Dara Kenyalang pada musim kali ini dan sampai bertemu kembali di musim akan datang.

Ikuti perkembangan Dara Kenyalang di semua laman media sosial @dara_kenyalang dan @tvs_entertainment dan layari laman sesawang kami di www.tvstv.my 

Nak tonton semula Dara Kenyalang? Anda boleh menonton semua episod Dara Kenyalang di saluran YouTube TVS Entertainment di sini: Dara Kenyalang Episodic.

 

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan