Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh tiba untuk Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Sarawak, di Masjid An Nur di Sibu. Foto: Facebook Len Talif Salleh

Jemaah haji Malaysia harus kekal imej baik

SIBU, 8 Mei: Bakal jemaah haji negara ini perlu mengekal imej baik mereka sebagai jemaah haji yang berilmu dan berdisplin tinggi.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, tahun ini, Malaysia menghantar seramai 31,600 orang jemaah ke tanah suci, yakni kembali ke kuota asal setelah dikurangkan hanya 14,000 orang jemaah pada musim lalu akibat pandemik COVID-19.

Dalam lingkungan jumlah yang begitu ramai katanya, jemaah harus bijak menyesuaikan diri di samping terus menjaga nama baik negara.

“Jemaah Malaysia juga telah dikenali sebagai jemaah haji yang berilmu dan berdisiplin, jadi marilah kita kekalkan prestasi tersebut untuk tahun ini dan tahun-tahun akan datang.

“Jika ada yang tidak puas hati dengan perkhidmatan dan prasarana yang disediakan, pastikan komen dan maklum balas disampaikan melalui saluran yang betul,” katanya pada Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Sarawak, di Masjid An Nur di sini, semalam.

Beliau juga mengingatkan jemaah agar tidak leka dan terus menjaga keselamatan dan kesihatan diri sepanjang mengerjakan rukun kelima Islam itu di Tanah Suci Mekah.

Malah katanya, cuaca yang semakin panas bukan sahaja boleh mengganggu ibadat tetapi juga mendatangkan masalah kesihatan kepada jemaah.

“Saya ingin menasihati bakal-bakal haji semua untuk mempersiapkan diri dengan sebaik-baiknya. Sebelum berangkat ke tanah suci, bersihkan niat dan gunakan tenaga dan masa untuk melaksanakan amal ibadah secukupnya untuk mendapat haji mabrur,” katanya.

Untuk rekod, Tabung Haji telah memenangi Anugerah Labbaitom untuk perkhidmatan dan program bimbingan haji terbaik dalam dunia Islam daripada Kerajaan Arab Saudi.

Pencapaian itu menjadi kebanggaan seluruh umat Islam Malaysia sekali gus menjadi pemangkin Tabung Haji sentiasa berinovasi dalam penambahbaikan perkhidmatan dan operasi haji akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan