Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri, di Dewan Komuniti Kampung Haji Baki, di sini, hari ini.
Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri, di Dewan Komuniti Kampung Haji Baki, Kuching, hari ini. Foto: Awang Azmil (TVS).

Vaksin anjing peliharaan setahun sekali, bendung wabak rabies – Dr Sim

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 7 Mei: Usaha mempergiatkan vaksin terhadap anjing perlu dipertingkatkan lagi terutamanya melibatkan orang ramai yang memelihara anjing bagi membendung wabak rabies di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, vaksin terhadap anjing peliharaan perlu dilakukan setahun sekali memandangkan ketahanan vaksin mencegah rabies hanya dapat bertahan selama satu tahun.

“Pihak kerajaan telah melakukan yang terbaik dengan menangkap mana-mana anjing baharu yang masuk ke kawasan lingkaran imun rabies dan semuanya telah divaksin.

“Tetapi itu adalah di bahagian sempadan, manakala di kawasan kita pula, semua orang perlu membantu memainkan peranan untuk memvaksinkan anjing peliharaan anda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri, di Dewan Komuniti Kampung Haji Baki di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang, ADUN Kota Sentosa, Wilson Yap Yau Sin dan Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng.

Selain itu, beliau turut menegaskan pemilik anjing peliharaan agar mendapatkan vaksin di klinik haiwan yang berdekatan.

“Jika anda sakit, adakah anda mengharapkan doktor pergi ke rumah anda? Cuba bayangkan jika doktor perlu pergi ke rumah semua orang, bagaimana hendak berfungsi?

“Kami pernah mencuba cara itu pada 2017, namun kadang-kadang tiada orang di rumah sedangkan kami memberikan vaksin itu kepada anda secara percuma,” katanya.

Tambahnya, pemilik anjing perlu lebih prihatin ke atas haiwan peliharaan mereka walaupun hanya segelintir sahaja pemilik yang tidak bertanggungjawab.

Setakat April tahun ini, terdapat 11 kes jangkitan akibat wabak rabies dan sebanyak lapan kematian direkodkan di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan