Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kehadiran Tiong Sii dan Kuong Hiing menyerikan Majlis Sambutan Pra Gawai di Bintangor, semalam. Foto: TVS

Perayaan platform penting perpaduan

BINTANGOR, 7 Mei: Sambutan perayaan pelbagai kaum di negara ini merupakan platform yang penting untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, Sarawak kekal unik melalui semangat kerjasama dan konsep toleransi yang wujud dalam kalangan penduduknya.

Kehadiran Tiong Sii dan Kuong Hiing menyerikan Majlis Sambutan Pra Gawai di Bintangor, semalam. Foto: TVS

Menurutnya, keunikan itu terserlah ketika sambutan perayaan apabila diraikan dalam suasana harmoni dan muhibbah.

“Manfaatkanlah perayaan sebagai platform untuk merapatkan lagi hubungan kerana perpaduan adalah kunci kekuatan yang mampu menyumbang ke arah kestabilan politik dan pembangunan,” katanya pada Majlis Sambutan Pra Gawai anjuran Persatuan Tuai-tuai Rumah Meradong di sini, semalam.

Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei berkata, sambutan perayaan memberi peluang kepada masyarakat pelbagai kaum untuk lebih memahami dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

“Sehubungan itu, saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Meradong atas inisiatif mereka menubuhkan persatuan ini.

“Saya amat bangga dengan komitmen dan usaha yang ditunjukkan dan semoga usaha gigih ini dapat diteruskan dan kekal cemerlang pada masa depan,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, Setiausaha Politik Premier Sarawak, Romeo Christopher Tegong, Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superitendan (DSP) Sekam Anoi dan Pengerusi Persatuan Tuai-Tuai Rumah Meradong merangkap Pengerusi Pengelola Majlis Pra-Gawai Dayak 2023, Tuai Rumah Ngipa Andieng. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan