KUCHING, 7 Mei: Vokalis Kumpulan Hujan, Noh Salleh didakwa telah mengikat tali pertunangan dengan seorang peguam dikenali sebagai Fatin Athirah Mustapha pada Sabtu.
Beberapa portal akhbar mendedahkan bahawa majlis pertunangan tersebut berlangsung secara tertutup melibatkan ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja di Putra Heights.
Difahamkan, Fatin merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.
Sebelum ini Noh yang berasal dari Miri, Sarawak pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Mizz Nina pada 2011, namun kedua mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada Ogos tahun lalu. – TVS