Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Op Carilamat bagi mengesan seorang nelayan yang dikhuatiri lemas. Foto: APMM

Nelayan dikhuatiri lemas ketika memukat udang

SANDAKAN, 7 Mei: Seorang nelayan tempatan berusia 33 tahun dikhuatiri lemas selepas disyaki jatuh laut ketika memukat udang di perairan Pulau Berhala, semalam.

Mangsa, Mohammad Saidin Salapudin dikatakan keluar dari jeti Pulau Berhala pada jam 6 pagi Jumaat dan sepatutnya pulang pada jam 3 petang hari yang sama.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menerusi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu mendapat aduan MERS 999 pada jam 4.55 petang semalam memaklumkan bot mangsa ditemui oleh penduduk kampung tanpa jurumudi disyaki jatuh laut dan hilang di perairan berhampiran.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kapten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, Op Carilamat diaktifkan pada jam 6 petang semalam dengan sebuah bot Maritim Malaysia telah diaturgerak ke lokasi kejadian untuk membuat pengesahan dan melakukan pencarian awal mangsa.

Katanya, pencarian hari kedua mangsa berkenaan pada hari ini diteruskan dengan keluasan pencarian 80 batu nautika persegi dari lokasi penemuan bot berkenaan.

Jelasnya, enam buah aset laut diaturgerak dengan jumlah kekuatan pasukan pencarian terdiri daripada 55 pegawai dan anggota dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Op carilamat telah ditangguhkan pada jam 6.30 petang semalam dan bersambung semula pada jam 7 pagi ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan