Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandu dipercayai terbabas sebelum merempuh dua batang pokok di Jalan Pujut 7, Bandar Baru Permyjaya, Miri, awal pagi tadi. Foto: JPBM

Lelaki maut, 4WD terbabas rempuh pokok

ByHafeezzur Muzamir

MIRI, 7 Mei: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandu dipercayai terbabas sebelum merempuh dua batang pokok di Jalan Pujut 7, Bandar Baru Permyjaya di sini, awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, akibat daripada rempuhan itu mangsa yang dikenali sebagai Johndry Balang, 44, tersepit di tempat duduk pemandu.

PGO Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.15 pagi dengan menggerakkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) Balai Bomba dan penyelamat (BBP) Lopeng ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba menggunakan mesin gergaji untuk memotong dahan pokok dan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi tersebut yang melibatkan seramai 10 anggota tamat pada jam 4.54 pagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan