Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri (empat, kiri) bergambar sebelum melepaskan larian amal Kelab Rotary hari ini. Foto: TVS

Kes adik Bella bukti KPWKM beri perhatian nasib anak istimewa

ByTVS

KUCHING, 7 Mei: Keputusan kes perbicaraan kes penderaan anak istimewa sindrom down yang dikenali sebagai adik Bella memberikan satu isyarat kepada masyarakat bahawa Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memastikan pembelaan sewajarnya diberikan terhadap kes-kes tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kementerian itu menyambut baik keputusan perbicaraan kes penderaan anak istimewa sindrom down yang dikenali sebagai adik Bella itu.

“Ini (kes Adik Bella) adalah satu pengajaran untuk mereka yang menjalankan program iaitu di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak.

“Memang banyak perkara yang berlaku, tetapi dengan adanya keputusan Bella ini ia akan memberi satu amaran atau signal kepada orang di luar sana dan kita di kementerian, kerajaan tidak akan berputus asa untuk memastikan kita mendapat pembelaan untuk Bella ini,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Larian Amal Kelab Rotary di sini, hari ini.

Beliau berkata, kejayaan kes itu bukti bahawa kementeriannya sentiasa komited dalam memastikan kebajikan anak-anak dalam dalam perlindungan sentiasa dijaga dengan selamat.

Malah, beliau turut menghargai peranan yang dimainkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang sentiasa membantu kementerian itu khususnya berkaitan usaha untuk mendapatkan pengadilan terhadap kes adik Bella.

Pada 3 Mei lalu, Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur mendapati pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali bersalah mengabaikan dan menganiaya seorang remaja sindrom down dikenali Bella. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan