Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato' Sri Huang Tiong Sii mengunjungi setiap gerai sambil mendengar masalah yang dihadapi penjaja dan cuba menyelesaikan masalah mereka. Foto: TVS

Bazar Gawai tarikan pengunjung ke Sarikei

SARIKEI, 7 Mei: Sambutan positif orang ramai terhadap pembukaan Bazar Gawai tahun lalu, menyuntik semangat penganjur untuk meneruskan penganjurannya tahun ini.

Tapak niaga yang beroperasi di Pasar Sentral itu dilihat membantu menambah pendapatan, menyediakan keperluan harian khususnya menjelang sambutan Hari Gawai tidak lama lagi.

Selain kraftangan, pengunjung juga berpeluang mendapatkan beraneka jualan lain seperti pakaian, minuman dan makanan.

Majlis perasmiannya disempurnakan Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dato’ Sri Huang Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Repok, semalam.

Dalam ucapannya, Tiong Sii berkata, peniaga perlu memanfaatkan ruang niaga yang disediakan itu untuk mempromosikan produk jualan masing-masing.

“Bagi saya, lokasi niaga ini sangat strategik dan mudah dikunjungi bukan sahaja orang Sarikei tetapi juga pengunjung luar termasuk Sibu dan kawasan-kawasan lain.

“Saya mewakili peniaga dan Serakup Dagang Dayak Sarawak (SDDS) mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Daerah Sarikei atas kelulusan yang diberikan,” katanya.

Bazar yang mempunyai sekurang-kurangnya 100 gerai itu, beroperasi bermula 5 hingga 28 Mei ini.

Dalam pada itu, pelbagai aktiviti juga diadakan sebagai tarikan kepada pelanggan untuk datang berkunjung ke tapak berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan