Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 12 peserta yang berentap di pentas Separuh Akhir Pertandingan Sape’ Junior 2023 di Auditorium P. Ramlee RTM Kuching semalam. Foto: Faitullah Morni (TVS)

6 peserta bakal berentap rebut gelaran Sape’ Junior 2023

ByMadeline Dugat

KUCHING, 7 Mei: Seramai enam daripada 12 orang peserta berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir atau kemuncak pertandingan Sape’ Junior 2023 yang berlangsung di Auditorium P. Ramlee, RTM Kuching, di sini, semalam.

Peserta berumur bawah 25 tahun ini akan berentap di peringkat akhir yang akan berlangsung pada 13 Mei ini, mereka ialah Darren Mengga ak Larry Mengga, Martinus Njok Sebi, Ferderick Maldini, Stanford Rayan Sidi, Aeron Junior Ibas dan Ernest Vaneman Amut Leonard.

Menurut Pengerusi Persatuan Anak Seni Sape Sarawak, Danison Manium, penganjuran tersebut merupakan satu platform yang dapat mengangkat seni muzik sape ke satu tahap untuk dikenali dunia, selain mempelopori alat muzik itu sendiri.

“Sebenarnya, ramai anak-anak muda kita yang berbakat bermain sape, cuma mereka tiada platform untuk menceburkan diri, diharapkan program ini dapat meningkatkan semangat kepada anak muda untuk memartabatkan kebudayaan kita di Sarawak sebab kalau bukan generasi muda siapa lagi ?,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pertandingan itu.

Sementara itu, Darren Mengga yang berasal dari Balai Ringin gembira terpilih sebagai salah seorang finalis dan berharap dapat berjaya di peringkat akhir Sape’ Junior seterusnya mengubah nasib keluarganya

“Saya sangat bersyukur berjaya masuk ke peringkat akhir Sape’ Junior. Pengalaman saya dalam bermain sape ini sejak saya berumur 10 tahun lagi. Ketika itu rasa minat bermain sape ini timbul setelah melihat bapa saya bermain sape, maka dari situ saya mula belajar.

Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Penrissen itu pernah memenangi pingat emas dalam Malaysian Championship Performing Arts pada tahun 2021.

Bagi Amanda, dengan berbekalkan pengalaman lebih kurang tiga bulan dan merupakan satu-satunya peserta wanita, ini tidak melunturkan semangatnya untuk berentap bersama peserta yang lebih berpengalaman di pentas tersebut.

“Walaupun tidak tersenarai dalam senarai finalis Sape’ Junior namun, pengalaman pertama kali mengikuti pertandingan sape itu sangat berharga baginya untuk terus maju di masa hadapan.

“Gementar, takut tetapi rasa teruja sebab ini merupakan pertama kali mengikuti pertandingan seperti ini walaupun kemahiran saya agak sederhana tetapi saya berbangga sudah sampai ke tahap ini,” katanya.

Terdahulu, sesi uji bakat telah diadakan di seluruh Sarawak sejak April lepas.

Pada peringkat separuh akhir, peserta dinilai dan diadili berdasarkan persembahan secara solo membawakan dua buah lagu iaitu kontemporari dan tradisional tidak lebih daripada lima minit setiap satu.

Pertandingan Sape’ Junior dengan kerjasama Persatuan Anak Seni Sape Sarawak ini turut mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri menerusi Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan diharap dapat memupuk hubungan dan persefahaman budaya yang baik menerusi persaingan sihat sesama peserta yang datang dari pelbagai budaya.

Untuk rekod, pertandingan Sape’ Junior 2023 merupakan sebuah program terbitan Jabatan Penyiaran (RTMSarawak untuk mengetengahkan bakat serta kreativiti pemain sape di Bumi Kenyalang kepada masyarakat luar. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found