KUCHING, 6 Mei : Kontinjen Malaysia yang bersaing pada temasya Sukan SEA di Kemboja berjaya meraih dua pingat emas pada hari pertama.
Berdasarkan laman web rasmi kejohanan, https://games.cambodia2023.com, skuad karate negara cemerlang apabila menghadiahkan kilauan emas yang dinantikan oleh penyokong sukan tempatan.
Prem Kumar Selvam mengungguli acara 55 kilogram (kg) lelaki manakala atlet wanita, Shahmalarani Chandran menang kategori 50 kg wanita.
Setakat pukul 11 malam tadi, Malaysia berada di kedudukan kesembilan dengan dua emas, dua perak dan lapan gangsa.
Tuan rumah Kemboja kini menguasai tangga teratas dengan 18 emas, 11 perak dan 11 gangsa.
Indonesia di tempat kedua dengan lapan emas dan Thailand di tempat ketiga dengan tujuh emas. – TVS