Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarang burung walit yang berjaya dirampas di salah sebuah premis yang diserbu semasa Operasi Bersepadu Khazanah pada Rabu. Foto: PPMW5 Sibu.

Sarang burung walit cuba diseludup keluar bernilai RM3.9 juta dirampas

SIBU, 6 Mei: Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) telah berjaya menumpaskan cubaan menyeludup keluar sarang burung walit berjumlah 882.657 kilogram bernilai RM3.9 juta dalam satu Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 2 pada Rabu.

Dalam operasi pada jam 2.30 hingga 2.45 petang itu, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa SFC bersama sepasukan PPMW5 turut menahan enam individu termasuk seorang wanita berusia antara 27 hingga 45 tahun di empat buah premis di sekitar bandar ini.

Salah sebuah premis yang didapati menjalankan operasi pemprosesan dan penjualan sarang burung walit tanpa permit dan lesen yang sah. Foto: PPMW5 Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pemeriksaan yang dilakukan mendapati kesemua premis berkenaan telah dijadikan sebagai premis memproses dan menjual sarang burung walit yang disyaki beroperasi tanpa lesen dan membeli daripada sumber tidak sah.

“Hasil siasatan awal, didapati terdapat bukti menunjukkan bahawa sarang burung walit itu dieksport tanpa permit atau lesen yang sah daripada pihak Kontroler Hidupan Liar.

“Kesemua suspek pernah ditangkap atas kesalahan mengeksport sarang burung walit tanpa pemit dari Kontroller Hidupan Liar Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dedahnya, keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM3,091,229.

Kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Sarawak Forestry Corporation Sibu untuk tindakan lanjut.

Kes tersebut disiasat mengikut Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan