Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Memotong kek Aidilfitri sebagai simbolik perasmian Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Dewan Masyarakat Kampung Belawai. Foto: UKAS.

RM45 juta laksana projek tebingan Pantai Belawai

MUKAH, 6 Mei: Kerajaan melalui Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) meluluskan peruntukan RM45 juta untuk melaksanakan projek pembinaan tebingan Pantai Belawai.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, projek mega itu bakal memberi impak besar kepada perubahan lanskap pantai Belawai, selain menyediakan peluang ekonomi baharu kepada penduduk.

Pada masa yang sama katanya, ia juga akan menjadikan Pantai Belawai sebagai salah satu lagi destinasi pengunjung sekali gus tapak pelancongan popular khususnya di Zon Tengah Sarawak.

“Pelaksanaan projek ini adalah sesuatu yang menggembirakan dan ditunggu-tunggu oleh rakyat.

“Saya amat mengharapkan kerjasama semua pihak agar pelaksanaannya berjalan lancar dan sempurna,” katanya pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Dewan Masyarakat Kampung Belawai, semalam.

Pantai Belawai mempunyai persekitaran tenang dan jajaran pantai yang bersih, selain beberapa tarikan lain yang menarik.

Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belawai berkata, menyedari potensi besar itu, kerajaan mengambil langkah proaktif memajukannya untuk kemudahan pengunjung.

Malah ujarnya, kewujudan pelbagai prasarana dan tarikan lain yang ada di sekitar pantai juga membantu usaha berkenaan.

“Kerajaan melalui Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) juga memperuntukkan RM5 juta untuk membina bangunan premis dua tingkat di pantai ini,” katanya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan