Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Raja Britain Raja Charles III akan ditabalkan di Westminster Abbey London pada Sabtu semasa upacara pertabalan penuh istiadat yang dikendalikan oleh Uskup Agung Canterbury, Justin Welby. Foto: Reuters.

Raja Charles akan ditabalkan dalam istiadat pertabalan pertama Britain dalam tempoh 70 tahun

ByBernama

LONDON, 6 Mei: Raja Britain Raja Charles III akan ditabalkan di Westminster Abbey London pada Sabtu semasa upacara pertabalan penuh istiadat yang dikendalikan oleh Uskup Agung Canterbury, Justin Welby serta disaksikan oleh jutaan orang di seluruh dunia, lapor dpa.

Laungan “God Save the King” akan kedengaran di sekitar biara selepas Mahkota St Edward yang diperbuat daripada emas padu dimahkotakan ke atas Charles oleh Welby.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Ratu Elizabeth II mangkat
  2. 2. Sultan Brunei raja paling lama memerintah selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II
  3. 3. Pengebumian negara Ratu Elizabeth II pada 19 Sept

Ia adalah pertabalan pertama Britain sejak 70 tahun dan diadakan selepas lapan bulan kemangkatan Ratu Elizabeth II, pada usia 96 tahun.

Istiadat itu akan menghimpunkan kira-kira 100 ketua negara, raja dan permaisuri dari seluruh dunia, selebriti, wira dan keluarga serta rakan pasangan itu, dengan Duke of Sussex dijangka hadir.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat dan mengadakan lawatan khas ke London, bagi menghadiri Istiadat Pertabalan itu.

Tetamu jemputan termasuk David dan Victoria Beckham, pemuzik Lionel Richie, Presiden Perancis Emmanuel Macron, Raja Willem-Alexander dan Ratu Maxima dari Belanda, Perdana Menteri Britain Rishi Sunak, dan Wanita Pertama AS Jill Biden.

Upacara berkenaan menyaksikan operasi istiadat terbesar tentera sejak pertabalan Ratu Elizabeth pada 1953, yang disertai 9,000 anggota tentera manakala 7,000 daripadanya melaksanakan peranan istiadat dan sokongan.

Operasi keselamatan besar-besaran, digelar Golden Orb, sedang dijalankan yang akan menyaksikan 11,500 anggota polis bertugas pada Sabtu.

Wakil-wakil daripada komuniti agama akan memainkan peranan aktif dalam istiadat pertabalan diraja buat kali pertama dalam sejarah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan