Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diserbu rakyat pada Majlis Aidilfitri Malaysia Madani di Permatang Pauh hari ini. Foto: TVS.

PM harap hentikan ‘drama’ tukar Perdana Menteri

ByTVS

BUKIT MERTAJAM, 6 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak pembangkang menghentikan isu menukar kerajaan dan memberi fokus kepada rakyat.

Ujarnya, ia merupakan masa yang tepat untuk ‘mematikan’ desas-desus menukar Perdana Menteri kerana tidak menguntungkan negara.

“Kalau ada angka, (sila) bawa. Saya akan berdepan dengan orang yang bawa usul dan kita akan bertempur dalam sidang Parlimen dua minggu lagi.

“Tapi syaratnya, yang ini ‘episod’ akhir supaya kita boleh tumpu perhatian untuk membangunkan negara,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfiti Malaysia Madani di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Permatang Pauh di sini.

Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan beberapa barisan menteri.

Terdahulu, terdapat desas-desus yang tersebar kononnya ketua pembangkang yang juga Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempunyai akuan bersumpah (SD) dan sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri baharu.

Sementara itu Perdana Menteri berkata, pentadbiran yang diusahakan kini adalah untuk menghentikan salah laku pemimpin, peyelewengan, rasuah serta menggunakan kedudukan untuk mengaut kekayaan kepada diri, keluarga dan saudara-mara.

“Hasil negara kini bertambah serta pelaburan dari China, India, Amerika Syarikat dan Australia melonjak naik kerana keyakinan pelabur asing terhadap pimpinan dan kerajaan yang stabil.

“Jangan sabotaj. Kalau kita sudah beri ruang dan cuba menyalah guna (kuasa), kita akan bertindak sewajarnya tanpa bertolak ansur,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan