Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemalangan di Jalan Demak-Sejingkat membabitkan dua buah motosikal dan kereta malam tadi. Foto: Bomba Sarawak.

Penunggang motosikal maut terperosok bawah kereta

ByConnie Grace

KUCHING, 6 Mei: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Demak-Sejingkat di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung  kes itu pada jam 12.29 tengah malam  dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat mangsa.

“Setiba pasukan bomba di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua motosikal.

“Terdapat empat mangsa yang terlibat dan seorang daripada mereka yang menunggang motosikal telah terperosok di bawah kereta,” katanya.

Jelasnya, mangsa yang maut dikenali sebagai Raymond Chieng Wei Khang, 20, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Dua lagi mangsa iaitu penunggang dan pembonceng sebuah lagi motosikal dilaporkan hanya mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Tambahnya, punca kemalangan masih dalam siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan