Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto: TVS

Laksana Spaoh sebagai hab pengeluaran makanan – Uggah

ByRegina Lee

KUCHING, 6 Mei: Hasrat mengubah landskap Spaoh sebagai antara hab pengeluaran makanan di Sarawak sedang dilaksana, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurut beliau, inisiatif kerajaan itu akan membolehkan pemilik tanah serta petani setempat menjana pendapatan yang lebih tinggi serta memperkukuh sekali gus menggalakkan pembangunan sosioekonomi daerah tersebut.

“Kami berharap akan mendapatkan bekerjasama dengan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) dalam memulakan penternakan lembu di ladang kelapa sawit. Kami juga ada terfikir untuk menternak kambing juga.

“Program percubaan yang telah dimulakan dalam kalangan segelintir penternak merupakan perternakan ayam kampung jarak bebas yang mempunyai permintaan tinggi.

“Terdapat kira-kira 3,000 keluarga di Bukit Saban dan jika terdapat 1,000 yang menceburi bidang ternakan ayam ini, sudah pasti kita boleh mengeluarkan hasil yang banyak untuk pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rh Jawa Nabau, Biro Wanita dan pada penutupan kelas Ngajat di rumah panjang di Suri Lalang,di sini, pada Sabtu.

Uggah yang juga Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Bukit Saban turut menambah satu lagi aktiviti yang giat dipromosikan oleh petani luar bandar ialah penanaman jagung sebagai makanan haiwan.

“Aktiviti lain yang kini popular di kalangan kaum wanita ialah kedai roti tradisional dan moden serta sulaman tradisional, Baju Dabong (kebaya) dan Baju Buriek (pakaian lelaki dan wanita buatan tangan yang dihiasi dengan cangkerang kecil ikan).

“Terdapat peningkatan dalam permintaan untuk karya seni yang indah ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kaum wanita di sini kerana memberikan kerjasama erat kepada isteri saya (Datu Doreen Mayang) dalam mempromosikannya tanpa jemu,” ujarnya lagi.

Berhubung penternakan ternakan babi pula, Uggah menasihatkan para penternak agar menunggu cadangan atau nasihat daripada  Jabatan Veterinar memandangkan Demam Babi Afrika masih menjadi ancaman di negeri ini.

Manakala dalam perkembangan lain, Uggah mendedahkan progress terkini berhubung projek lapangan terbang di Bebuling kini sedang melalui fasa pembinaan.

Justeru itu beliau mahu kontaktor bersedia akan untuk memulakan kerja pembinaan segera.

“Lapangan terbang yang bernilai RM296 juta itu akan membantu kita menembusi pasaran dalam tempoh singkat secepat mungkin.

“Kami sedang melihat untuk membangunkan sektor pelancongan memandangkan kita mempunyai tempat pelancongan di sini,” katanya.

Seterusnya, sektor pleancongan menurut Uggah akan merangsang semua aktiviti agrikultur di sini yang selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 kerajaan negeri seperti yang diilhamkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Ini sangat dekat di hati Premier bahawa rakyat Sarawak boleh menjana pendapatan yang lebih baik dan untuk Sarawak menjadi wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030. Kita harus memberi beliau kerjasama sepenuhnya dan kekal bersatu,” tegas beliau.

Hadis sama Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan