Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan penyelamat berusaha memindahkan ratusan mangsa bot penumpang KMP Royce 1 yang terbakar di Selat Sunda, Banten, Indonesia. Foto: Pejabat SAR Banten

Kapal terbakar di Selat Sunda, ratusan penumpang selamat

ByTVS

JAKARTA, 6 Mei: Sebuah kapal penumpang KMP Royce 1 terbakar ketika belayar dari pelabuhan Merak, Banten menuju pelabuhan Bakauheni, Lampung pada Sabtu.

@tvstvmy

Sebuah kapal penumpang KMP Royce 1 terbakar ketika belayar dari pelabuhan Merak, Banten menuju pelabuhan Bakauheni, Lampung pada Sabtu. 📹 Pejabat SAR Banten TVS122 TVSNews KapalTerbakar BeritadiTikTok

♬ original sound – TVS News – TVS News

Ketika pelayarannya, kapal terbabit terbakar di Selat Sunda sekitar jam 4 petang waktu tempatan hingga kepulan asap tebal dapat dilihat daripada salah sebuah kenderaan di atas kapal tersebut.

Sebuah bot penumpang KMP Royce 1 terbakar ketika belayar

Menurut Setiausaha Korporat PT ASDP Indonesia Ferry (Persero), Shelvy Arifin pihaknya mengesahkan kapal berkenaan mengalami kebakaran sebelum menyeberangi Pulau Tempurung Merak, namun sehingga berita ini disiarkan usaha memadam api sedang giat dijalankan.

“Sehingga kini api masih dalam proses pemadaman, dan penumpang sedang dalam upaya dipindahkan,” katanya.

Usaha pemindahan dilakukan pasukan pejabat SAR Banten dan agensi lain yang berkaitan.

Pasukan penyelamat berusaha memindahkan ratusan mangsa bot penumpang KMP Royce 1 yang terbakar di Selat Sunda, Banten, Indonesia.

Kebakaran telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ratusan penumpang yang dipindahkan sementara usaha menarik kapal itu ke pelabuhan di Merak turut dilaksanakan.

Sehingga kini tiada mangsa terkorban dilaporkan dalam musibah itu manakala siasatan akan dilaksanakan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan