Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Len Talif mengabadikan kenangan bersama jawatankuasa pengurusan Masjid Darul Firdaus. Foto: UKAS.

Masjid Darul Firdaus bakal dibina baharu, terima kasih Premier Sarawak

SIBU, 5 Mei: Impian masyarakat Islam di sini untuk memiliki Masjid Darul Firdaus yang baharu bakal tercapai sedikit masa lagi, kata Datuk Len Talif Salleh.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar itu mengumumkan khabar baik berkenaan selepas Jabatan Tanah dan Survei meluluskan tapak pembinaan projek itu.

Menurutnya dengan kelulusan berikut akan membolehkan jawatankuasa pengurusan masjid meneruskan kerja pembinaan masjid yang akan menempatkan jemaah antara 600 hingga 1,000 orang pada satu-satu masa.

“Kawasan ini (Sungai Antu) mengalami pembangunan pesat dan sudah pasti, jumlah penduduk yang beragama Islam juga meningkat.

“Masjid baharu ini nanti dapat menampung bilangan kariah yang semakin bertambah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Bagi tujuan itu, Len memberitahu Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) memperuntukkan RM5 juta manakala Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Fadillah Yusof turut menyumbang RM1 juta untuk pembinaan rumah ibadah itu.

Pada masa yang sama, Len berharap orang ramai tampil untuk menghulurkan sumbangan bagi menjayakan perancangan murni berkenaan.

“Pembangunan kawasan ini begitu pesat dan tidak hairan jika kos pembinaannya juga melebihi peruntukan sedia ada.

” Saya bagi pihak jawatankuasa masjid mengucapkan terima kasih kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana meluluskan projek pembangunan masjid bagi manfaat komuniti di kawasan ini,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan