Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lembaga Pelancongan Sarawak menyasarkan 20,000 pengunjung ke RWMF 2023.

RWMF: Berhibur jaga alam sekitar, tidak benarkan penggunaan plastik sekali pakai

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 4 Mei: Berhibur dan menikmati kemerduan alunan muzik di Rainforest World Music Festival (RWMF) tidak semestinya melupakan tanggungjawab memelihara alam sekitar demi kelestariannya.

Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) berkata pihaknya terus mendukung matlamat memastikan alam sekitar dijaga pada festival muzik edisi ke-26 yang sudah menempa nama di peringkat antarabangsa.

“Langkah proaktif diambil oleh Sarawak ke arah mewujud dan menganjurkan festival yang mampan, mesra alam dan bersama-sama pemain pelancongan negeri, STB akan terus melaksanakan aktiviti yang menyokong kelestarian termasuk mengharamkan plastik sekali guna, menggalakkan kitar semula bahan terpakai dan meneroka penyelesaian inovatif kepada pengurusan sisa,” kata kenyataan media STB, hari ini.

Selain itu, STB turut menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik dari bandar raya Kuching ke Kampung Budaya Sarawak (SCV) untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dan mengurangkan pelepasan karbon.

Dalam pada itu, STB berkata RWMF yang diadakan di SCV di Santubong dekat sini menerima sambutan menggalakkan peminat muzik dalam negara dan antarabangsa.

Tiket ‘early bird’ telah habis dijual pada 29 April. Bagaimanapun orang ramai masih boleh mendapatkan tiket prajualan menerusi platform tiket Klook pada harga yang rendah berbanding membelinya di pintu masuk ketika festival berlangsung.

STB menyasarkan 20,000 pengunjung ke RWMF yang berlangsung pada 23 hingga 25 Jun.

RWMF menampilkan 199 pemuzik dari 12 negara termasuk pemenang Anugerah Grammy, Gipsy Kings dari Perancis, kumpulan Jamaica-Amerika Big Mountain dan Teater Safi dari Tanzania.

Pemuzik tempatan terdiri daripada Zee Avi, Suk Binie, Aseana Percussion Unit, Nadir, Steve Thornton & Afroasia, Sada Borneo, Tuku Kame, Nading Rhapsody, Geng Wak Long, Buloh Bekocak, At Adau, Meruked dan Orang Orang Drum Theatre. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan