Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang, di Dewan Suarah Kota Samarahan, di sini, hari ini. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak

Premier Sarawak sertai delegasi bincang isu negara Islam di Oxford esok

ByOdleen Catherny

KOTA SAMARAHAN, 4 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual akan menyertai deligasi Malaysia ke Oxford Centre for Islamic Studies, Oxford, England untuk rundingan isu global yang dihadapi negara-negara Islam.

“Saya akan berada di Universiti Oxford bersama dengan pusat Islamik di Oxford. Di sana kita akan adakan satu perundingan dan juga satu mesyuarat dengan pusat Islamik Oxford.

Mesyuarat akan membincangkan mengenai isu-isu global yang dihadapi oleh negara-negara Islam. Ia (mesyuarat) akan dipengerusikan oleh Universiti Oxford,” katanya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang, di Dewan Suarah Kota Samarahan, di sini, hari ini. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang, di Dewan Suarah Kota Samarahan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari memberitahu, dalam lawatan kerjanya bermula esok (6 Mei) ini, beliau juga akan menghadiri Minggu Kraf London 2023 di Malaysia Hall, London.

“Saya di London seperti mana dikatakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, kita ada Minggu Kraf London 2023 di Malaysia Hall, London yang mana Sarawak terlibat dalam pameran tersebut.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi sumbangan duit raya di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang, di Dewan Suarah Kota Samarahan, di sini, hari ini. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak

“Sebenarnya idea itu adalah idea Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Kita akan pamerkan barangan kraf kita kerana kita adalah salah satu pengeluar kraf asli dunia yang terkenal,” ujar beliau.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan tempoh lawatan kerjanya ke England tidak lama ekoran beliau bakal mengumumkan mengenai teknologi baharu sebelum mesyuarat pertama bagi penggal kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 yang akan berlangsung dari 15 hingga 24 Mei.

“Lawatan saya di sana tidak lama sebab saya akan mengumumkan butiran mengenai teknologi baru yang akan memberikan pendapatan baru kepada Sarawak.

 

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi sumbangan duit raya di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang, di Dewan Suarah Kota Samarahan, di sini, hari ini. Foto: Jabatabn Penerangan Malaysia, Sarawak

Ia akan diumumkan sebelum persidangan DUN,” jelasnya lagi.

Sementara itu, majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wang menyaksikan kehadiran 1,000 pengunjung.

Majlis turut menyaksikan Premier Sarawak menyampaikan sumbangan duit raya kepada 20 orang pelajar daripada Yayasan Pelajaran MARA. – TVS

Baca artikel berkaitan >>> Abang Johari tidak tahu dakwaan cubaan tumbangkan Kerajaan Perpaduan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan