Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata penganugerahan itu bukti kecemerlangan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan Kontinjen MALBATT 850-10 dalam menggalas tugas serta amanah sebagai pasukan pengaman di Lubnan.
āIa merupakan suatu lagi bentuk pengiktirafan akan kemampuan anggota tentera kita yang sering diberi kepercayaan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
āSaya ingin merakamkan ucapan tahniah danĀ rasa bangga saya kepada seluruh anggota Kontinjen MALBATT 850-10 atas penganugerahan pingat PNBB. Saya doakan semoga keselamatan semua anggota Kontinjen MALBATT 850-10 sentiasa dalam peliharaan dan lindungan Allah SWT, Aamiin Ya Rabb,ā katanya dalamĀ ciapan di akaun Twitter.
Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepadaĀ Komander MALBATT 850-10Ā Kolonel Mohd Rizman Ramli dan semua anggota MALBATT ATM (Angkatan Tentera Malaysia)Ā di LubnanĀ kerana melakukan tugas dengan cemerlang serta mengharumkan nama negara.
Terdahulu, Bahagian Hal Ehwal Awam Markas Angkatan Bersama dalam kenyataan memaklumkan perbarisan penganugerahan pingat itu telah diadakan di Padang Kawad Kem Marakah, Selatan Lubnan semalam.
Penganugerahan pingat itu disempurnakan oleh Komander Sektor Barat UNIFILĀ BrigadierĀ Jeneral Roberto Vergori.
Kenyataan itu memaklumkan perbarisan berkenaan membabitkan 20 pegawai termasuk seorang Pegawai Awam Kementerian Pertahanan dan 250 anggota lain-lain pangkatĀ melibatkan empat detasmen.
Menurut kenyataan itu,Ā Mohd Rizman mendahului senarai penerima pingat disusuli pegawai kanan dan wakil perkhidmatan.
āKomander bagi setiap kontinjen UNIFIL turut diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat kepada semua anggota Harimau 10,ā katanya.
MALBATT 850-10, yang terdiri daripada 84 pegawai dan 770 anggota lain-lain pangkat daripada ATM termasuk 30 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Awam Kementerian Pertahanan, telah memulakan misi pada 12 Nov tahun lepas dan dijangka menamatkannya pada 12 Nov depan selepas 12 bulan berkhidmat di bawah panji PBB. -TVS