Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
AirAsia mengumumkan laluan baharu yang menghubungkan Jakarta dan Kuching bermula 15 Jun. Foto hiasan

Pelajar Sarawak di Indonesia sambut baik laluan baharu Airasia

ByTVS

JAKARTA, 4 Mei: Penerbangan terus Kuching-Jakarta oleh AirAsia sangat bermanfaat bagi para pelajar dari Sarawak yang melanjutkan pengajian di Indonesia.

Pelajar berasal dari Kuching, Irfan Danial Madihi berkata penerbangan melalui Kuala Lumpur menyebabkan mereka terpaksa membayar harga tiket yang mahal. 

Keadaan ini menyebabkan mereka jarang balik, jelasnya yang kini melanjutkan pengajian di Universiti Islam Sunan Gunung Djati, Bandung, Jawa Barat.

Baca artikel berkaitan >>> Penerbangan terus Airasia, Kuching-Jakarta bermula Jun

“Inisiatif ini amat baik, laluan baharu ini sangat memudahkan kami apatah lagi kami pelajar mempunyai kewangan yang terhad memandangkan harga tiket untuk pulang ke Sarawak amat mahal,” katanya dihubungi TVS, hari ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada AirAsia kerana menawarkan penerbangan terus Kuching ke Jakarta dan sebaliknya.

“Melalui penerbangan terus ini, diharapkan dapat merancakan lagi kerjasama antara Sarawak-Indonesia dalam pelbagai bidang ekonomi, sosial dan budaya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan