Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tahap berjaga-jaga adalah untuk kawasan mengalami suhu maksimum harian 35-37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Mukah, Bentong hadapi cuaca panas tahap satu – MetMalaysia

ByTVS

KUCHING, 4 Mei: Dua kawasan di Malaysia mengalami cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook berkata dua kawasan berkenaan ialah Mukah di Sarawak dan Bentong di Pahang.

Kawasan yang mengalami suhu maksimum harian 35-37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut dikategorikan sebagai tahap berjaga-jaga.

Dalam pada itu, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan utara Sarawak berisiko dilanda fenomena garis badai yang membawa bersama hujan lebat dan angin kencang dari 5 hingga 7 Mei.

MetMalaysia berkata ramalan cuaca signifikan yang dikeluarkan pada 1 tengah hari tadi, berdasarkan analisis model-model cuaca, satu sistem tekanan rendah dijangka terbentuk di barat Filipina dan bergerak ke arah barat.

“Keadaan ini dijangka menyebabkan peningkatan kelajuan dan penumpuan angin barat daya di perairan barat Sabah dan utara Sarawak dari 5 hingga 10 Mei 2023,” menurutnya.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi jabatan terlibat bagi maklumat yang terkini dan sahih. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan