Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Ahmad IrzamĀ Osman berkata antara kawasan itu ialah Mukah, Miri di Sarawak; Dungun, Kemaman di Terengganu; Kuantan, Pekan di Pahang; Pasir Mas, Bachok di Kelantan dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara, Selangor.
Justeru, Ahmad IrzamĀ berkataĀ pihaknya dengan kerjasamaĀ Jabatan Perhutan dan Jabatan Alam Sekitar membuat pemantauan berkala sama ada melalui rondaan serta tinjauan udara menggunakan helikopter atau dron bagi memastikan keadaan terkawal.
āSetakat ini, status cuaca panas tahap satu dikesan di dua kawasan iaitu di Padang Terap, Kedah dan Jempol, Negeri Sembilan. Penduduk di kawasan berkenaan telah diingatkan untuk berjaga-jaga kerana suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius telah berlaku tiga hari berturut-turut,ā katanya kepada Bernama di Ibu Pejabat agensi itu di Putrajaya baru-baru ini.
Sementara itu,Ā Ahmad Irzam berkata sebanyakĀ 4,106 kes pembakaran terbuka dicatatkan setakat Mac lepas.
āKami jangkakan jumlah ini akan meningkat berbanding tahun lepas dengan 9,596 kes berikutan cuaca panas yang diramal hingga Ogos ini.
āSelain itu, kebakaran tanah gambut juga dikategorikan sebagai pembakaran terbuka kerana melibatkan pembakaran berskala besar yang mungkin tercetus kerana keadaan cuaca semasa,ā katanya.
MenurutĀ Ahmad Irzam, pihaknya telah bersedia sama ada dari segiĀ kelengkapan logistikĀ kebakaran dan keanggotaan bagi mengendalikan kes pembakaran terbuka yang dijangka meningkat tahun ini ekoran cuaca panas.
Dalam pada itu, beliau berkata JBPM akan menggunakan peralatan pemadaman kebakaran hutan MARK III hasil inovasi pegawai JBPM yang berfungsi seperti alat pemercik tanaman untuk mengelakkan kebakaran tanah gambut daripada merebak yang boleh mengakibatkan jerebu melampau. -TVS