Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan maut berhampiran simpang Lubok Antu, hari ini. Foto: PDRM

Dua warga Indonesia maut dalam kemalangan dua kenderaan

LUBOK ANTU, 4 Mei: Dua lelaki warganegara Indonesia maut manakala lima lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 44, Jalan Sri Aman-Sarikei berhampiran simpang Lubok Antu di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu Deputi Superintendan, Victor Ripon berkata kedua-dua mangsa yang maut, berumur dalam lingkungan 30-an, merupakan pemandu dan penumpang tempat duduk hadapan Proton Waja.

Menurutnya, kejadian pada 11 pagi itu berlaku apabila Toyota Hilux dipandu seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun bergerak dari arah Sri Aman menuju ke Sarikei dilanggar dari belakang oleh Waja yang bergerak dari arah sama.

Akibat pelanggaran, Proton Waja terbabas masuk ke dalam parit sebelah kiri jalan ke arah Sarikei manakala pacuan Hilux terbalik di tengah jalan, katanya menerusi kenyataan.

“Pemandu dan penumpang tempat duduk hadapan Waja disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Empat lagi penumpang yang berada di tempat duduk belakang yang cedera telah dirujuk ke Hospital Sri Aman untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong turut digerakkan ke lokasi kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Pasukan bomba kemudian melakukan kerja-kerja pembersihan sisa-sisa kemalangan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan