Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mahkamah Sesyen mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Siti Bainun. Foto: Bernama

Siti Bainun didapati bersalah abai, aniaya Bella

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Hakim Izralizam Sanusi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Siti Bainun, 31, di akhir kes pembelaan.

Baca artikel berkaitan: 

  1. 1. Saksi tidak pernah nampak Siti Bainun urus bayi jagaannya
  2. 2. Kes Siti Bainun: Bella beri keterangan secara tertutup
  3. 3. Tiga peguam tarik diri, mahkamah tangguh prosiding bela diri Siti Bainun hari ini

Mengikut pertuduhan, Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kini sedang mendengar hujahan mitigasi pendakwaan dan pembelaan berhubung keputusan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria dan Shakira Aliana Alias manakala Siti Bainun diwakili peguam Mohammad Farhan Maaruf. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByBernama-
ByBernama-
ByBernama-