KUCHING, Mei 3: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengadakan kunjungan Hari Raya Aidilfitri kepada Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Datuk Mohd Naroden Majais, malam ini.
Ketibaan beliau dan isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, disambut mesra oleh Naroden serta keluarga di kediaman mereka di Petra Jaya.
Kunjungan Abang Johari turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta Timbalannya.
Majlis rumah terbuka tersebut menyaksikan para tetamu disajikan dengan pelbagai juadah tempatan.
Kira-kira 150 orang tetamu turut memeriahkan rumah terbuka bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong itu termasuk tetamu kenamaaan lain serta wakil pemimpin akar umbi di Gedong.
Dalam pada itu, Naroden turut meluangkan masa menyantuni tetamu lain termasuk wakil media yang hadir. – TVS