Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi Fadzil berkata kepelbagaian rangkaian bukan sahaja untuk rakyat, malah untuk sektor perindustrian yang merupakan kumpulan sasar penggunaan teknologi 5G. Foto: Bernama

Pelaksanaan 5G diteruskan melalui DNB hingga capai 80 peratus kawasan berpenduduk

ByBernama

PUTRAJAYA, 3 Mei: Kerajaan bersetuju pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini diteruskan melalui Digital Nasional Bhd (DNB) sehingga mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perkara berkenaan dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Katanya peralihan kepada model dwirangkaian akan dilaksanakan berpandukan syarat-syarat yang selari dengan amalan di peringkat global yang menawarkan kepelbagaian rangkaian.

“(Kepelbagaian rangkaian) bukan sahaja untuk rakyat, malah juga untuk sektor perindustrian yang merupakan antara kumpulan sasar penggunaan teknologi 5G.

“Keputusan ini dibuat dengan anjakan fokus kepada elemen penerimagunaan dan inovasi berasaskan teknologi 5G secara komprehensif,” katanya dalam sidang media mengenai pelaksanaan 5G di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengarahkan pelan pelaksanaan 5G disemak semula kerana tidak dilaksanakan secara telus oleh kerajaan sebelum ini dan ketiadaan proses tender sewajarnya.

Fahmi berkata model itu turut mengambil kira kemampanan ekosistem industri telekomunikasi di Malaysia sekali gus menamatkan unsur monopoli yang sering dikaitkan dengan DNB.

“Selaras dengan prinsip utama yang digariskan dalam ucapan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, peralihan ini dapat memanifestasikan keterangkuman melalui penyertaan penuh penyedia perkhidmatan tanpa menjejaskan langganan 5G sedia ada pada kadar yang berpatutan untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan DNB serta pihak penyedia perkhidmatan bagi memastikan peralihan kepada model dwirangkaian berjalan dengan lancar tanpa menjejaskan kepentingan rakyat dan keyakinan pelabur. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan