BINTANGOR, 3 Mei: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila pacuan empat roda yang dipandunya terbabas sebelum terbalik dalam parit di Jalan Bintangor-Sarikei, pada Rabu.
Insiden kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi itu berlaku ketika mangsa berusia 41 tahun dalam perjalanan menghala ke Sarikei.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.50 tengah hari sejurus itu mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi untuk menghulurkan bantuan.
“Bagaimanapun sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa telahpun berjaya keluar daripada kenderaan itu dengan bantuan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nicholas berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sebagai tindakan susulan katanya, pihaknya melakukan pemantauan susulan bagi memastikan lokasi itu benar-benar selamat untuk dilalui oleh kenderaan lain.-TVS