Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua buah rumah terbakar di Lorong 5C, Jalan Sentosa Salim, Sibu, malam tadi. Foto: JBPM Zon 4 Sibu

Lima penghuni hilang tempat tinggal, dua rumah terbakar di Sibu

SIBU, 3 Mei: Lima penghuni hilang tempat tinggal dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah di Lorong 5C, Jalan Sentosa Salim di sini, malam tadi.

Sebuah rumah terbakar keseluruhan manakala rumah kedua yang didiami empat orang terbakar 10 peratus, kesemua penghuni di dua buah rumah berkenaan berjaya keluar dengan selamat.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Penguasa Kanan Bomba (PgKB 1), Andy Alie berkata, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.08 malam.

“Setiba di lokasi tujuh minit kemudian, ketua operasi melaporkan api telah marak ke keseluruhan rumah berkenaan.

“Selepas membuat size-up, gerak kerja pemadaman dilakukan secara ‘offensive’ dengan pasukan keluaran pertama dari BBP Sibu Sentral membentangkan tiga aliran 100 kaki, satu cabang pembagi, empat nozel dan air dari sumber terbuka (parit), dilakukan untuk membuat ‘firebreak’ sehingga api berjaya dipadamkan sepenuh,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, balai bantuan dari BBP Sungai Merah dengan kekuatan 10 anggota juga digerakkan ke lokasi untuk membantu operasi pemadaman.

Andy berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.39 malam.

“Anggota bomba kemudian melakukan ‘overhaul’ bagi memastikan lokasi kejadian dalam keadaan selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 9.13 malam,” katanya.

“Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan