Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah dan Datuk Gerawat Gala bersama penduduk pada majlis perasmian rumah panjang Long Selaan yang baharu di Baram, hari ini. Foto: TVS

Kerajaan salur bantuan untuk mangsa kebakaran bina rumah baru

ByBigol Sulang

MIRI, 3 Mei: Kerajaan Sarawak telah membuat keputusan semua rumah panjang atau kampung yang ditimpa musibah kebakaran akan diberi bantuan RM70,000 untuk setiap rumah.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah berkata bantuan itu adalah untuk membantu mangsa kebakaran membina rumah baharu seperti yang dikehendaki Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Jadi (Long Selaan) ada 12 pintu yang terbakar (pada 8 Jun 2020) mereka layak menerima bantuan sebanyak RM840,000,” katanya pada majlis perasmian Rumah Panjang Long Selaan, (Belukun) Baru di Baram, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala.

Dalam pada itu, Uggah menasihatkan mangsa yang ditimpa musibah kebakaran agar melaporkan kepada Pegawai Daerah untuk tindakan lanjut.

“Kita memang mendoakan semua orang selamat dan jika kecelakaan tersebut berlaku kita minta mereka melaporkan kepada Pegawai Daerah secepat mungkin.

“Oleh yang demikian, dari segi pelaksanaan saya mohon supaya pejabat-pejabat daerah dan residen laksanakanlah dengan secepat mungkin kerana orang telah ditimpa kesusahan amat memerlukan rumah yang baru.

“Jika permohonan lewat (diproses) maka ia akan menjejaskan imej baik kerajaan ,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan