Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah. Foto TVS.

Isu kekurangan pasport berwarna biru di Limbang akan dirujuk ke KDN – Hasbi

LIMBANG, 3 Mei: Isu kekurangan pasport berwarna biru didakwa berlaku di daerah ini sejak cuti persekolahan Lepas akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), kata Datuk Hasbi Habibollah.

Timbalan Menteri Pengangkutan itu mendedahkan kekerapan penduduk di utara negeri ini yang keluar dan masuk selepas Brunei Darussalam melonggarkan syarat memasuki negara mereka telah menyebabkan penggunaan dokumen perjalanan terhad atau pasport terhad berwarna biru itu meningkat mendadak khususnya pada musim cuti sekolah dan perayaan.

“Dokumen perjalanan terhad itu amat penting dan diperlukan untuk urusan masuk dan keluar di pintu sempadan kedua-dua negara khususnya iaitu Malaysia (Limbang) dan negara Brunei untuk melakukan urusan rasmi, kecemasan dan sebagainya,” katanya.

Ahli Parlimen Limbang itu berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ketua Masyarakat, Ketua Kaum Islam Daerah Limbang di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Hasbi memberitahu isu kekurangan pasport biru di sini bukan pertama kali berlaku ekoran pergerakan rakyat di Limbang direkodkan meningkat baru-baru ini.

“Kita di utara ini Miri, Lawas, Limbang dan negeri Sabah ini yang kerap melintas akan menyebabkan pasport pun cepat habis, muka surat cepat habis. Insya-Allah saya akan berhubung dengan pihak KDN dan khususnya Jabatan Imigresen,” jelasnya. Foto: TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan