Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada penganut agama Buddha di Sarawak. Foto: Pejabat Premier Sarawak

Abang Johari jamin GPS terus pelihara hak, kebebasan beragama dan kepentingan semua kaum

BySaibi Gi

KUCHING, 3 Mei: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan hak, kebebasan beragama dan kepentingan semua kaum di negeri ini terpelihara, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, ia adalah selaras dengan dasar keterangkuman di bawah Pelan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkasakan dasar keterangkuman ini yang bukan sahaja bertujuan untuk memberi bantuan kewangan tetapi merangkumi usaha untuk menyatukan masyarakat pelbagai agama dan kaum di negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena Hari Wesak, hari ini. Hari Wesak disambut pada 4 Mei oleh penganut Buddha.

Sehubungan itu, beliau berharap sambutan Hari Wesak pada tahun ini terus membawa kebahagiaan dan keharmonian kepada Sarawak dan seluruh rakyat, khususnya penganut-penganut agama Buddha.  

Beliau turut berharap perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut Buddha.

“Sempena Hari Wesak pada tahun ini saya amat berharap semua penganut agama Buddha di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya akan terus berusaha untuk mempereratkan lagi hubungan antara kaum dan agama di Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan