Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (kiri), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua kiri), Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang (tiga kiri) dan Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud (kanan) bergambar pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman Timbalan Premier Sarawak di Kuching, malam ini. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Terus bersatu sokong kerajaan ditadbir GPS – Awang Tengah

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 2 Mei: Rakyat Sarawak diminta terus bersatu dan menyokong kerajaan yang ditadbir Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sokongan dan kerjasama itu diperlukan untuk mencapai wawasan menuju negeri maju menjelang 2030 seperti yang terkandung dalam Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

“Kita semua yakin dengan sokongan yang padu rakyat, Premier Sarawak akan dapat membawa negeri ini ke arah matlamat untuk meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat pada keseluruhannya.

“Kita mahu agar negeri kita ini akan sentiasa aman damai dan harmoni, rakyat hidup saling hormat menghormati antara satu sama lain dan sentiasa dalam keadaan selamat,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini, malam ini.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran Abang Johari bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (kiri), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah), Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang (tengah) dan Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud (kanan) bergambar pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman Timbalan Premier Sarawak di Kuching, malam ini. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Abang Johari dan isteri tiba pada jam 8.40 malam disambut Awang Tengah serta ahli keluarganya.

Turut kelihatan Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.

Sementara itu, mengulas mengenai rumah terbuka tersebut, Awang Tengah berkata, seperti mana perayaan lain, Hari Raya Aidilfiti ini adalah peluang yang terbaik bagi meraikan perpaduan dalam kepelbagaian yang menjadikan masyarakat Sarawak begitu istimewa.

“Semangat kekitaan dan persefahaman ini harus diperkukuh dan dipupuk dari semasa ke semasa agar kita dapat terus membina masyarakat yang lebih harmoni dan inklusif.

“Saya ingin mengingatkan semua orang bahawa kita mesti berwaspada terhadap sebarang bentuk ekstremisme, bermain bersama-sama dengan manipulasi emosi atau naratif, tetapi sebaliknya bekerjasama untuk menggalakkan empati, belas kasihan dan saling menghormati, “ jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan