Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakyat Sarawak antaranya, Mahadir Mahrin, Nursyahidatul Fatehah dan Mu’izzudin Mahzuz menyambut baik cadangan penubuhan bank komersial Sarawak. Foto: TVS

Rakyat sambut baik cadangan penubuhan bank komersial Sarawak

KUCHING, 2 Mei: Pengumuman Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhubung Kerajaan Sarawak bakal menubuhkan bank komersialnya sendiri disambut baik oleh rakyat negeri ini.

Tinjauan TVS hari ini menemui usahawan dari Lawas, Mahadir Mahrin, yang berpendapat inisiatif berkenaan merupakan kesempatan terbaik untuk para usahawan membuat pinjaman bagi tujuan perniagaan.

“Saya sebagai usahawan menyokong penubuhan bank komersial di Sarawak kerana ia bakal menjadi salah satu mercu kejayaan Sarawak menjadi negeri yang berdaya saing. Kadangkala, saya beratur panjang untuk menyelesaikan urusan dan masalah berkaitan perniagaan saya di bank. Jadi saya berharap penubuhan bank komersial di Sarawak dapat memudahkan urusan peniaga seperti memudahkan melakukan pinjaman sebagai modal berniaga dan sebagainya,” katanya.

Turut senada, Nursyahidatul Fatehah yang mewakili golongan belia sambil menzahirkan sokongan terhadap penubuhan bank komersial itu di samping ia juga membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia di negeri ini.

“Saya menyokong penubuhan bank komersial Sarawak kerana ia akan menjadi fasiliti yang memudahkan rakyat Sarawak di kawasan bandar dan luar bandar untuk mengeluarkan wang. Saya juga berharap penubuhannya akan meliputi di seluruh Sarawak agar mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan belia terutama graduan universiti dalam bidang kewangan sekali gus membantu meningkatkan ekonomi di Sarawak,” katanya.

Sementara itu bagi salah seorang pekerja di sektor swasta, Mu’izzudin Mahzuz berharap agar bank komersial ini sedikit sebanyak mampu membantu mereka yang menghadapi masalah kewangan.

“Saya berharap penubuhan bank komersial akan memudahkan peniaga kecil di Sarawak untuk membuat pinjaman bagi memulakan perniagaan kerana agak rumit untuk melakukannya di bank biasa. Jadi saya berharap penubuhannya akan dapat membantu peniaga atau rakyat lain yang dalam kesusahan,” katanya.

Terdahulu, Abang Johari memberitahu usaha penubuhan bank komersial itu akan dilaksanakan menjelang hujung tahun ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan