Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi DUBS Cawangan Miri, Mohammad Hafidz Rohani. Foto: Hafidz Rohani

Kenaikan caruman KWSP majikan kepada 20 peratus, keterlaluan – Pengerusi DUBS Miri

MIRI, 2 Mei: Cadangan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan dinaikkan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus ketika ini disifatkan tidak sesuai dengan keadaan semasa ini.

Menurut Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Miri, Mohammad Hafidz Rohani, pengumuman terbabit dilihatnya agak keterlaluan ekoran ia membebankan para majikan yang terkesan dengan kenaikan kos barangan dan pengeluaran.

“Impak dan kesannya dijangka akan sangat membebankan para majikan di negara ini kerana majikan masih bergelut dengan kesan kenaikan barangan dan kos berkaitan pengeluaran. Kadar gaji minima yang sedang diadaptasi oleh majikan juga dilihat mengurangkan margin keuntungan syarikat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tegas beliau, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui dewan-dewan perniagaan seharusnya dilibatkan secara aktif untuk isu sebegini bagi mendapatkan maklum balas sebelum pelaksanaan diambil.

“Pihak kerajaan juga sepatutnya tidak mengumumkan dasar-dasar populis dalam memenangi hati rakyat dan mengabaikan kumpulan sasar dalam kalangan majikan,” ujarnya.

Belia berkata, pihak majikan berharap dasar dan cadangan ini tidak dilaksanakan namun berharap penambahbaikan serta cara lain dilaksanakan dalam usaha membantu rakyat.

Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan cadangan supaya kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan dinaikkan kepada 20 peratus sudah dikemukakan, tetapi belum dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan